nuffnang

nuffnang


Wednesday, October 13, 2010

Pemulihan data cakera keras menggunakan Linux

Mungkin ramai yang mengalamai masalah komputer anda tidak dapat boot, serangan virus, partisi yang telah korup, masalah sistem dan pelbagai isu yang melibatkan , anda pastinya mahu perkakas yang mampu membuat pemulihan terhadap sistem yang digunakan. Ini adalah bagi mendapatkan kembali data lama yang penting serta perlu digunakan untuk tugas harian.

Untuk memiliki perkakas pemulihan ini (recovery tools) mungkin memerlukan kos yang tinggi, tetapi tidak lagi dengan adanya sistem pemulihan berasaskan . Ia dapat membantu menyelesaikan masalah dengan mudah dan pantas. Satu contoh perkakas pemulihan ini ialah Ubuntu Rescue Remix yang dibangukan menggunakan distro tetapi ditambah dengan aplikasi diperlukan untuk membuat pemulihan cakera keras.

Rescue Remix merupakan satu sistem yang boleh dilarikan menggunakan CD atau USB dan mempunyai persekitaran CLI (Command Line Interface). Ia menawarkan versi terkini untuk pemulihan data cakera keras berasaskan sumber terbuka, termasuk GNU ddrescue, Photorec, The Sleuth Kit dan Gnu-fdisk. Selain itu, pakej tambahan yang dimasukkan ke dalam Rescue Remix ini adalah aoetools, array-info, ext3-grep, gptsync, kpartx, dan scrounge-ntfs.

Jika anda berminat untuk mencubanya, boleh muat turun perisian tersebut atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Rescue Remix ini, layari laman rasmi perkakas tersebut pada pautan dibawah.

http://ubuntu-rescue-remix.org/

No comments: