nuffnang

nuffnang


Sunday, October 10, 2010

Ramai pengguna self-host menghadapi masalah spambot dan memenuhkan ruangan komen. Komen-komen terpaksa ditapis terlebih dahulu sebelum dilepaskan. Ini memerlukan masa yang banyak dan merugikan penulis blog kerana masa itu boleh digunakan untuk menulis entri baru. Selalunya, plugin Akismet yang telah tersedia digunakan sebagai penapis spam tetapi kadangkala komen dari rakan-rakan blogger yang lain termasuk ke dalam kategori spam.

Ada satu plugin yang cukup mudah bagi mengurangkan spambot ini iaitu dengan menggunakan Block-Spam-By-Math. Plugin ini membantu mengendali blog untuk mengenalpasti komen yang dihantar adalah dari manusia dan bukan spambot dengan meletakkan soalan matematik mudah untuk diselesaikan oleh pemberi komen.

Apa yang perlu dilakukan ialah muat turun plugin ini di Plugin Directory ( DISINI ). Letakkan didalam plugin blog anda serta aktifkan, tanpa perlu sebarang konfigurasi tambahan didalam tatacara aplikasi . Cukup mudah.

Anda boleh lihat contoh yang telah tersedia didalam blog ini pada ruangan komen. Pemasangan adalah mudah, kemas dan teratur tanpa perubahan kepada tema sedia ada. Selama mencuba!

No comments: